Konvensyen Nasional PROTUNe 2019

Konvensyen Nasional PROTUNe 2019

Tentang Konvensyen PROTUNe

Untuk melatih dan menerap ilmu pembudayaan keusahawanan di kalangan remaja sekolah dan memberi penghargaan kepada semua sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program tersebut serta memilih sekolah yang terbaik untuk mewakili negeri-negeri ke Konvensyen Nasional 2019.

Konvensyen PROTUNe 2019

Konvensyen PROTUNe Kebangsaan 2019

Program Tunas Niaga (PROTUNe) di Perlis dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (PKENPs) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis berperanan sebagai agensi-agensi pelaksana peringkat negeri dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan.

8 Kontingen Negeri ... 22 Syarikat Usahawan Pelajar ... 500 Peserta

En Hasmadi Bin Ibrahim, Pengurus Kanan Korporat, PKENPs merangkap Pengerusi Kebangsaan PROTUNe Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Misi PROTUNe adalah untuk memupuk pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah ke arah memperkasakan ekonomi Bumiputera
Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksana perniagaan dengan berkesan
Menyedia peluang pembelajaran keusahawanan melalui pengalaman
Memupuk minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju
Konvensyen Tunas Niaga Peringkat Nasional diadakan bertujuan untuk menilai prestasi syarikat Program Tunas Niaga bagi wakil-wakil Negeri dari seluruh negara. Di Konvensyen Nasional ini, Ahli Pengurusan Syarikat dikehendaki membuat pembentangan prestasi laporan tahunan masing-masing untuk dinilai bagi tujuan penganugerahan di peringkat Nasional

Author’s Posts